SSM SERTAI OPERASI BERSEPADU BERSAMA CIDB, ABM, PEJABAT KESIHATAN, MPS, JKKP DAN JTK
20 Julai 2023, Sandakan – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Sabah menyertai Operasi Bersepadu bersama CIDB Cawangan Sandakan bersama Agensi Akademi Binaan Malaysia (ABM), SSM, Pejabat Kesihatan Sandakan, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) pada 11 Julai lalu.
Seramai 37 kakitangan di setiap agensi terlibat dalam operasi bersepadu yang dijalankan. Pegawai SSM yang terlibat dalam operasi bersepadu ini adalah seorang pegawai dan seorang pembantu tadbir. Semakan dibawah Akta Syarikat 2016 (AS2016) terhadap kontraktor utama dan sub-kontraktor mendapati bahawa terdapat satu (1) notis S30(1), AS2016 telah dikeluarkan.
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM