LOGO
Menarik untuk kita saksikan adegan perebutan branding dan logo PN, di kalangan parti Pembangkang.
Semalam, TSMY sudah buat kenyataan. By hook or by crook, Bersatu takkan keluar PN dan akan gunakan logo PN ketika PRN dan PRU. Membuat parti PAS sedikit terduduk di situ.
Di kalangan pemerhati politik, ramai yang tahu tentang kedegilan Presiden Parti Bersatu ini. Kalau ketika jadi PM dulu Agong pun dia cuba langgar, apalah sangat setakat nak lawan Mullah.
Dia sudah cakap dia akan terus lawan.
“We are ready to fight, at all fronts ” kata TSMY semalam.
*************
Polemik berebut branding PN ni, sebabnya pegang brand dan logo PN ni banyak untungnya.
Kita lihat Gelombang Hijau ketika PRU15, bukan sebab logo PAS atau logo Bersatu ya. Logo PN itu sendiri berhantu.
Dikenali dan diundi ramai dalam masa yang singkat. Berkat dana beratus juta yang di-pump ketika pilihanraya.
Money trail tunjukkan melalui projek Jana Wibawa. Yang TSMY mengaku sendiri, dana Jana Wibawa beratus juta bukan dia guna. Tapi masuk akaun parti. Disalur pula kepada parti komponen untuk sama2 dijoli…
Mewahnya PN ketika PRU15 tak boleh disangkal. Kempen di media sosial dengan fitnah dan adu domba 13 Mei dibuat secara meluas.
Artıs dan gadis2 genit dan seksi diguna memakai t-shirt PN. Menari2 di tiktok. Mengkhayalkan pengundi baru.
Bukan free ya dan satu hantaran kos nya boleh pergi hingga ke ratus ribu. Bergantung kepada kuat pengaruh mereka itu.
PAS pun dari parti kutip dana melalui tin milo, ketika PRU, tersebar video rasuah pilihanraya. Diberi cash kepada pengundi untuk sokong mereka. Perlu angkat sumpah jua. Kes rasuah undi di bawa ke Mahkamah. Ada yang sangkut dan dibatalkan keputusan pilihanraya. Itu semua fakta dan sejarah.
Buat kita berfikir, baru satu penggal tapi punya lah mewah. Sudah ada sedikit perangai Parti Keramat yang 60 tahun memerintah. Yang mereka all out jatuhkan jua.
******************
Kala ini, ketika Bersatu tersangkut kes penggubahan wang haram dan dana nya dibeku, nampak sudah hubungan PAS-Bersatu renggang. Ada yang kata PAS penunggang.
Tetapi itu lah lumrah dalam poltitik. Quid Pro Quo jua. Ada timbal balas.
Kalau PAS dah berkorban untuk jentera dan kena pacak bendera, takkan la duit pun mereka kena keluar. Itu semua dunia, kenalah partner mereka yang menyumbang. Takkan semua pun nak menumpang.
Hubungan PAS- BERSATU ni sudah seperti retak menanti belah. Dalam PRN Johor bermula kurang dari sebulan. Kita khuatir mereka sendiri masih berlawan.
Kalau tak diselesaikan akan jadi PN lawan PN. Bersatu vs PAS sebagai blok berlainan.
Kalau kita meraikan demokrasi, ini baik untuk pengundi. Kita ada pilihan. Tetapi tetap undi Melayu makin berpecah.
Tunjukkan “Kesatuan Ummah”, “Melayu perlu bersatu” itu cuma slogan kosong, bila kepimpinan politik sendiri yang tak reti bersatu dan suka pecah belah.
At the end, “Cina Komunis” tetap juga salah, walhal mereka yang berbalah.
Salam hormat,
Liyana Marzuki