𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗘 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 - 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡, 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚
Selepas Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak, Jelajah Kancil akan berkunjung ke Pantai Timur untuk bertemu ahli dan rakyat biasa yang mahu tahu mengenai BERSAMA.
Saya sebenarnya takut sikit bila ke Pantai Timur sebab selera politik pengundi yang berbeza.
Pun begitu, sambutan kepada BERSAMA, bila dilihat kepada keahlian, majoriti datang dari pengundi Melayu.
60% ahli BERSAMA adalah pengundi Melayu.
Saya dan Nik Nazmi berasal dari Pantai Timur juga, jadi kalau kita nak kata pengundi Pantai Timur tidak suka politik yang progresif pun tidak betul juga.
Saya minta maaf kerana program untuk Terengganu digabungkan dengan Kelantan di Kota Bharu bagi kawasan utara Terengganu (terutamanya bagi Setiu, Besut ke atas) dan digabungkan dengan Pahang di Kuantan bagi kawasan selatan (dari Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman).
Untuk membantu kami sediakan dewan yang memadai - kalau ramai kita tambah kerusi, kalau sikit kita buat ala kedai kopi - saya mohon ahli BERSAMA dan penduduk sekitar yang ingin hadir supaya mendaftar di laman
bersama.org/ms/acara
Atau imbas kod QR untuk mengesahkan kehadiran.
Sama-sama kita BERSAMA di:
📍 Kelantan
📅 20 Jun 2026 (Sabtu), 8 malam
PCB Beach Resort, Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350, Kota Bharu
📍 Pahang
📅 21 Jun 2026 (Ahad), 8 malam
BCIC Lodge, Kompleks Dagangan Mahkota,Jalan Sultan Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan
BERSAMA ini masih di peringkat benih.
Kita nak tanam benih ini di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Pokok yang baru di peringkat benih, tapi kalau baka lebih baik dan dijaga dengan lebih rapi, Insya-Allah benih itu akan tumbuh jadi pokok yang lebih segar dan lagi cepat dari pokok-pokok yang ditanam lebih awal.