Teladan daripada peristiwa Hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW menyaksikan peranan instrumental anak muda seperti Saidina Ali Abi Talib, sumbangan wanita seperti Asma Abu Bakar dan ramai sahabat mengatur dan menjadi sebahagian daripada sejarah Hijrah Nabi ke Madinah sebagai suatu yang unik dan istimewa. Kejayaan Hijrah Rasulullah SAW adalah ikhtiar berpasukan atas kesatuan iman yang berada dalam lindungan Allah SWT.
Menzahirkan semangat Hijrah dalam realiti semasa tidak mudah. Ianya perlukan kesepakatan dan kerjasama rangkaian komuniti dengan kepelbagaiannya. Kejayaan tidak akan hadir hanya dengan retorik slogan dan semangat bersendirian, tapi harus dilakukan bersama dengan penuh kesabaran menuju kemenangan.
Oleh itu, kemahuan dan harapan melakukan pembaharuan atas esensi Hijrah untuk menegakkan keadilan, berdaulatnya kebenaran, meratanya kemakmuran dan terjaminnya keselamatan harus menjadi ikhitiar bersama dan bukan milik sesiapa. Kita selami semangat hijrah dan segala pengajaran mulia yang terpahat, namun dalam mencapai cita-cita perubahan dan pembaharuan ini, kerjasama dan perpaduan amat bernilai dalam menggapai kejayaan.
Firman Allah SWT:
وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Maksudnya: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Hijrah Itu Pengorbanan,
Hijrah Itu Perjuangan,
Hijrah Itu Persaudaraan,
Hijrah Membentuk Perpaduan.
Salam Maal Hijrah 1448H.