Pagi semalam, saya berpeluang mengikuti program Wacana Aspirasi Minda bertajuk “Antara Impian dan Realiti: Cabaran Kehidupan Generasi Muda Hari Ini” yang diadakan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), UTM Kuala Lumpur.
Sesi forum menampilkan Datuk Wira Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dan Dato’ Lokman Noor Adam sebagai panelis, manakala Prof. Madya Dr. Mazlan Ali bertindak sebagai moderator.
Banyak perkara yang dibincangkan. Daripada isu kos sara hidup yang semakin mencabar, persaingan dalam dunia pekerjaan, hinggalah tekanan media sosial yang sering membuatkan kita membandingkan diri dengan orang lain.
Menariknya, para panel bukan sekadar berkongsi pandangan, tetapi turut mengajak peserta melihat cabaran ini dari sudut yang lebih matang.
Dalam dunia yang penuh dengan maklumat dan pengaruh media sosial, kita bukan sahaja perlu bijak mengejar impian, tetapi juga bijak membuat keputusan dan menentukan hala tuju hidup.
Kejayaan tidak semestinya diukur melalui kemewahan atau populariti. Sebaliknya, nilai diri, integriti, kesejahteraan mental dan kemampuan untuk memberi manfaat kepada orang lain juga merupakan ukuran kejayaan yang penting.
Program seperti ini memberi ruang kepada mahasiswa untuk berfikir dengan lebih kritikal tentang masa depan, memahami realiti semasa dan pada masa yang sama terus berusaha mengejar cita-cita tanpa kehilangan nilai dan jati diri.
.