Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sedang memantau rapi perkembangan fenomena El Niño yang dijangka mula mempengaruhi cuaca negara dalam masa terdekat dan berkemungkinan berterusan sehingga awal 2027.
Kredit: Bernama
#AstroAudioNews
Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan hari ini berkata fenomena itu dijangka menyebabkan cuaca lebih panas dan kering daripada biasa, khususnya sepanjang Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei dan dijangka berterusan sehingga September tahun ini.
Dua pasangan suami isteri ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes memukul pembantu rumah yang tular di media sosial.
Kesemua suspek itu diberkas di sebuah rumah di Taman Johor, Tampoi.
#AstroAudioNews
The Children's Protection Society of Malaysia says that while the extra funding is welcome, it needs to come with safeguards to guarantee a safe learning environment, a high quality curriculum, and a clear pathway to future opportunities.
It said this in response to the government’s decision to allocate 200 million ringgit towards pondok, tahfiz and religious schools with the aim of modernizing and strengthening such education.
Ketua Gerakan Reset Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan bahawa gerakan itu kini akan bergerak di bawah parti baru dikenali sebagai Parti Wawasan Negara.
#AstroAudioNews
Menurut beliau, parti tersebut akan bekerjasama dengan PAS dan parti-parti lain yang sehaluan bagi memperkukuh kerjasama dan membentuk kesepahaman politik yang lebih menyeluruh serta diyakini rakyat.
Dalam pada itu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan Hamzah akan kembali menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan kestabilan kerjasama dalam blok pembangkang.
Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah meneruskan rentak cemerlang apabila menjuarai Perlumbaan 1 Pusingan Ketiga Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2026 di Litar Motegi, Jepun.
#AstroAudioNews
Kemenangan itu menyaksikan bekas pelumba MotoGP negara tersebut mengekalkan rekod sempurna dengan lima kemenangan berturut-turut sekali gus mengukuhkan kedudukannya di puncak carta kejuaraan kelas yang disertainya.
Seramai 13 lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terbabit dalam kejadian rusuhan dan pergaduhan melibatkan sekumpulan individu bersenjata di sebuah premis perniagaan di Jinjang Utara, di sini, Jumaat.
Kredit: Bernama
#AstroAudioNews
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Basri Sagoni berkata semua suspek berusia antara 18 hingga 51 tahun itu diberkas dalam tempoh kurang 12 jam selepas kejadian menerusi beberapa operasi serbuan di sekitar ibu negara.
Polis juga telah tahan reman individu yang memuat naik kandungan berunsur fitnah terhadap seorang Tok Batin Kampung Orang Asli berkaitan penemuan wanita tersebut.
Polis Perak sudah rakam keterangan 36 individu berhubung kehilangan seorang pendaki wanita selama 14 ketika mendaki Gunung Batu Putih, yang ditemui selamat Sabtu lalu.
#AstroAudioNews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya mematuhi peraturan dan etika kempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.
#AstroAudioNews
Beliau turut menegaskan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan tanggungjawab secara bebas dan profesional bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar dan telus.