Cerita “baju koyak” PMX
Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman sepanjang hampir 10 tahun berkhidmat dan mengenali Rafizi Ramli secara dekat.
Apa yang sering diperkatakan di media sosial kadangkala tidak menggambarkan kehidupan sebenar beliau.
Sepanjang saya mengenalinya, beliau seorang yang sangat sederhana dan rendah diri (low profile).
Dari segi pemakaian, beliau tidak mementingkan jenama atau kemewahan. Selagi pakaian masih elok dan boleh digunakan, beliau akan terus memakainya, malah ada yang sudah bertahun-tahun tetap digunakan hingga hari ini.
Tidak hairan jika ada yang perasan beliau memakai baju yang sama di majlis atau program berbeza dalam tempoh beberapa tahun.
Saya teringat satu cerita ketika beliau memegang jawatan Menteri dan menghadiri mesyuarat di luar negara.
Seorang pegawai pernah berkata kepada saya, “Aku malu pakai blazer mahal sedangkan Menteri pakai yang biasa saja.”
Akhirnya, pegawai tersebut menukar kepada blazer yang lebih sederhana.
Padahal, tuntutan boleh dibuat, tetapi beliau sendiri sering berpesan, “Tak payah merugikan.”
Ramai je nak menaja beliau pakaian. Apa yang dia kata, “Bagi orang yang memerlukan. Ramai lagi orang susah.”
Dalam kehidupan seharian juga begitu. Beliau tidak gemar menunjuk-nunjuk atau berbelanja pada perkara yang tidak perlu.
Selipar dan barangan peribadi yang digunakan kebanyakannya biasa sahaja, tanpa mengutamakan jenama.
Pernah satu ketika, seliparnya koyak dan beliau minta saya jahitkan kerana sayang untuk dibuang.
Kasut pula, jika diperhatikan, masih digunakan dari sebelum menjadi Menteri hingga ke hari ini.
Tentang kenderaan, sebelum menjawat jawatan Menteri, kereta Honda Accord itulah yang digunakan untuk menjelajah seluruh Malaysia berkempen, dengan mileage melebihi 300,000 km.
Selepas menjadi Menteri, beliau menjual kereta tersebut kerana kerajaan menyediakan kenderaan rasmi untuk urusan kerja.
Namun, selepas meletakkan jawatan, kenderaan itu perlu dipulangkan, dan ketika itu beliau terlupa tiada kereta lalu terpaksa meminjam kereta rakan untuk bergerak.
Bagi beliau, nilai seseorang bukan terletak pada pakaian atau barangan yang dipakai, tetapi pada usaha, integriti dan sumbangan kepada masyarakat.
Ramai melihat beliau sebagai pemimpin yang sentiasa sibuk dengan tugas dan tanggungjawab.
Namun, di sebalik itu, beliau sangat mementingkan kesederhanaan. Sikap berjimat cermat dan tidak membazir jelas dalam cara beliau menjalani kehidupan harian.
Sebab itu, apabila timbul isu berkaitan pakaian atau keadaan baju yang mungkin sudah lama digunakan, bagi mereka yang mengenali beliau secara dekat, perkara tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan.
Itulah peribadi sebenar Rafizi Ramli yang saya kenali, seorang yang lebih mengutamakan kerja sehingga 18 jam sehari serta tanggungjawab, berbanding penampilan atau kemewahan diri.
Gambar ini pula baru dirakam di sebuah kedai gunting di Pekan Sungai Besi yang sering beliau kunjungi.
Tukang gunting itu sendiri sebelum ini tidak mengenali siapa beliau!!!!
Mengapa saya berkongsi cerita ini?
Bukan kerana beliau majikan saya, tetapi kerana tidak semua orang mengenali beliau secara dekat.
Tanpa mengenali, pelbagai persepsi dan cerita mudah timbul. Inilah keperibadian RAFIZI RAMLI.
Credit to:
facebook.com/share/p/1BPhUQ4…
Saya tak kenal Rafizi, tapi 25 tahun mengikuti perjuangan Reformasi, ada beberapa tokoh yang benar-benar berjuang, termasuklah yang salah langkah seperti Tian Chua...
Itulah Rafizi Ramli.
Tak payah cerita baju koyak.
Tak payah minta simpati rakyat.
Tetapi prinsip dan integritinya tidak pernah koyak.
Jangan macam pemimpin PH sekarang.
Prinsip bertukar mengikut kasta kuasa.