| Laman Berita Social Malaysia | FB & Instagram: BuzzKini | Telegram: t.me/buzzkini | Laman Web: buzzkini.my

Joined April 2009
7,929 Photos and videos
Pinned Tweet
8 May 2025
Website kami sudah kembali seperti biasa. Layari laman buzzkini.my untuk berita trending, isu semasa, gaya hidup, tips, info dan banyak lagi.
2
1
2,541
“Masa dekat cashier, saya bagitahu staf-staf tu yang anak saya tengah sedih (tak terpilih dalam pemilihan futsal), boleh tak tulis sesuatu untuk bagi dia semangat balik. Diorang cakap boleh & dalam keadaan Zus yang sangat busy, saya ingat diorang lupa rupanya diorang tak lupa. “Anak saya baca nota tu dan dia happy. Terus senyum. Awak mungkin rasa usaha awak kecil je tetapi untuk ibu kepada anak istimewa, usaha awak bagi impak yang sangat besar kepada kami. Terima kasih sekali lagi!” – Ibu ✍🏻: Fatin 🎨: Lutfil 🔎: Faez ⬆️: Naili buzzkini.my/trending/2026/06…
15
Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip dilaporkan maut ketika menyertai latihan membaling grenad dalam Latihan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia yang dilaksanakan di Kem Hobart, Gurun, Kedah. Kedua-dua anggota itu mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan. Menurut PDRM, siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian atas pinggang. Kami dari BuzzKini mengucapkan salam takziah kepada kedua-dua keluarga mangsa. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un ✍🏻: Hazwani 🔎: Faez 🎨: Lutfil ⬆️: Naili buzzkini.my/trending/2026/06…
62
Masa baru akil baligh dulu, mungkin ramai dalam kalangan kaum Hawa yang diajar untuk mencuci dahulu tuala wanita yang dipenuhi darah period sebelum membuangnya. Katanya, darah yang tak dicuci dengan bersih itu akan 'dijilat syaitan'. Tetapi betul ke statement tu? Atau saja je nak menakut-nakutkan? Jom baca penjelasan dari Pejabat Mufti WP dalam artikel di bawah. ✍🏻: Hazwani 🔎: Faez 🎨: Lutfil ⬆️: Naili buzzkini.my/trending/2026/06…
12
"Saya minta maaf, saya tahu (sudah buat) salah sebab itu kami robohkan sendiri," kata pemilik tanah yang dikaitkan dengan struktur pembinaan haram etnik Rohingya. Jelas lelaki yang berusia lingkungan 70-an itu, kerja merobohkan struktur bangunan kontroversi berkenaan dibuat atas dasar tanggungjawab sendiri. ✍🏻: Fatin 🎨: Lutfil 🔎: Faez ⬆️: Naili buzzkini.my/news/2026/06/16/…
22
Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang lelaki mendakwa kompleks MDM tingkat dua dijadikan pusat persekolahan bagi anak-anak etnik Rohingya. Malah dia juga mempersoalkan bagaimana golongan itu boleh menyewa premis berkenaan. Ambil maklum tentang video itu, Majlis Daerah Marang (MDM) dalam satu kenyataan hari ini mengakui menyewakan premis di kompleks di Kampung Telaga Mengkudu, dekat Bukit Payong, Marang untuk dijadikan pusat pendidikan kanak-kanak etnik Rohingya. Premis yang dijadikan pusat pendidikan itu disewakan kepada badan NGO sejak tahun 2020 atas prinsip kemanusiaan terhadap anak-anak pelarian. ✍🏻: Hazwani 🔎: Faez 🎨: Lutfil ⬆️: Naili buzzkini.my/news/2026/06/16/…
13
Tengah study group ke tu🤭 📹: TT ptrlve 🔍: Faez ✂️ / ⬆️: Naili
10
“Dengan hati yang terbuka dan penuh keinsafan, saya memilih untuk memaafkan beliau. Jika Rasulullah S.A.W. mampu memaafkan umatnya, siapalah saya yang penuh dengan kekurangan ini untuk tidak memberi ruang kepada seseorang memperbaiki kesilapan." - Lelaki ditumbuk warga emas selepas terbatuk ketika sedang beratur beli nasi lemak ✍🏻: Fatin 🎨: Lutfil 🔎: Faez ⬆️: Naili buzzkini.my/trending/2026/06…
19
Baru-baru ini, seorang wanita ditegur oleh jirannya kerana kononnya telah menceroboh kawasan parking sedangkan menurutnya ia berdekatan kawasan taman permainan di sebuah taman perumahan. "Jika kamu bukan pemilik penghuni jalan, minta jangan parking di sini. Kamu parking di sini, kami nak parking di mana?" tegur jiran itu menerusi satu kertas nota. Apa yang membuatkan wanita tersebut bengang adalah jirannya itu bertindak meletakkan kereta sekitar taman permainan selepas menambah keluasan (extend) rumahnya. Tidak tahu ada kelulusan majlis atau tidak, namun wanita itu tidak setuju si jiran claim dan cop parking sesuka hati di tempat awam. ✍🏻: Hazwani 🔎: Faez 🎨: Lutfil ⬆️: Naili buzzkini.my/trending/2026/06…
19
"Tahu bau tapi jangan buat macam tu depan orang, jalan tutup sikit hidung kalau tak tahan. Saya pun pernah kena macam ini tapi sehabis baik selindung tak nak nampak obvious sangat sebab nak jaga hati orang. “Macam ini dah tak elok. Bayangkan orang buat macam ini juga dekat kita. Bawalah adab ke mana sahaja tambah di negara orang.” – Pengguna Threads ✍🏻: Fatin 🎨: Hazwani 🔎: Faez ⬆️: Naili buzzkini.my/trending/2026/06…
13
Berita baik untuk semua pengguna, caj pengeluaran RM1 di mana-mana mesin ATM atau mesin kitar semula pintar (SRM) bakal dimansuhkan bermula 1 Julai 2026. Berita ini diumumkan sendiri Persatuan-Persatuan Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dalam satu kenyataan hari ini (15 Jun). Melalui inisiatif dengan kerjasama PayNet tersebut, pemegang kad debit di Malaysia boleh menggunakan lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara bagi membuat pengeluaran tunai secara percuma tanpa had, tanpa mengira bank pengeluar kad mereka. ✍🏻: Hazwani 🔎: Faez 🎨: Lutfil ⬆️: Naili buzzkini.my/news/2026/06/15/…
1
103
Ramai sebenarnya dalam kalangan pemilik kereta yang menggunakan sunshades, atau tirai bagi mengurangkan haba matahari menebusi kenderaan. Ramai yang menggunakannya kerana dikatakan mudah. Bila nak guna pasang, bila tak nak cabut je. Tapi dari aspek undang-undang jalan raya, pelekat cermin dan hiasan ni dibenarkan ke? Jangan lupa baca artikel penuh. ✍🏻: Hazwani 🔎: Faez 🎨: Lutfil ⬆️: Naili buzzkini.my/info/2026/06/15/…
41
Dia betul-betul catwalk tu😹 📹: TT nurleezalee 🔍: Faez ✂️ / ⬆️: Naili
1
50
Macam tengah tunggu hari je tu bang. Penat je si isteri ingat suami datang nak peluk sekali usap perut sendiri 😭🤣😂 📹: TT kisya.kita 🔍: Faez ✂️/ ⬆️: Naili
2
13
79
17,419
Semalam (14 Jun), media melaporkan kompleks kondominium Highland Towers di Hulu Klang Selangor yang telah terbiar hampir 32 tahun akhirnya dijangka akan dirobohkan sebelum akhir tahun 2026 selepas mendapat kelulusan mahkamah. Walaupun nahas runtuhan bangunan ini selalu menjadi bualan ramai sejak dahulu, namun pasti ada individu terutamanya generasi muda yang mungkin tidak tahu kisah sebenar di sebalik bangunan usang dan terbiar itu. Jom ketahui kisah Highland Towers, baca artikel di bawah ⬇️ ✍🏻: Hazwani 🔎: Faez 🎨: Lutfil ⬆️: Naili buzzkini.my/info/2026/06/15/…
49
Pemandu lori treler yang terlibat dalam kemalangan tragis di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) semalam (14 Jun) sehingga mengorbankan empat nyawa didapati positif dadah. ✍🏻: Faez 🎨: Hazwani ⬆️: Naili buzzkini.my/news/2026/06/15/…
45
Secara umum, tingkah laku dan perbuatan anak merupakan tanggungjawab ibu bapa sepenuhnya apabila berada di tempat awam. Tapi masih ada penjaga yang bertindak sebaliknya. Sebagai contoh yang tular baru-baru ini, sepasang ibu bapa mendapat kecaman ramai selepas membiarkan sahaja najis anak lelakinya bertaburan atas lantai di sebuah premis kedai runcit. Dalam rakaman CCTV dikongsi di Threads, kelihatan kanak-kanak tersebut menarik seluarnya, kemudian membuang air kecil dan besar di dalam kedai itu. Apa yang membuatkan staf premis itu berang adalah ibu bapa kepada kanak-kanak itu didakwa tidak membersihkan najis terbabit ataupun memohon maaf kepada pekerja di sana. ✍🏻: Hazwani 🔎: Faez 🎨: Lutfil ⬆️: Naili buzzkini.my/trending/2026/06…
42
Haha sporting betul Aisha Retno siap boleh lawan fans dia🤣 📹: aisharetno02 ✂️: Lutfil 🔍: Faez ⬆️: Naili
72
Kompleks kondominium Highland Towers di Hulu Klang Selangor yang telah terbiar lebih 30 puluh tahun akhirnya dijangka akan dirobohkan sebelum akhir tahun 2026 selepas mendapat kelulusan mahkamah. Menurut Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Hasrolnizam Shaari, keputusan Mahkamah Majistret pada minggu lalu yang membenarkan permohonan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu membolehkan struktur bangunan terbabit yang terbiar lebih tiga dekad lalu diruntuhkan. Untuk rekod, pada 11 Disember 1993, blok Menara 1 Highland Towers yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor itu runtuh sehingga mengorbankan 48 orang. ✍🏻: Faez 🎨: Hazwani ⬆️: Naili buzzkini.my/news/2026/06/14/…

59
Mungkin ramai yang mula memberi perhatian kepada skate park selepas baru-baru ini tular insiden seorang bapa yang meminta skaters memberi ruang dan laluan untuk anak bermain rollerblade di Urban Skate Plaza by Vans sekitar MRT Ampang Park. Apa pun pandangan masing-masing mengenai isu tersebut, minat terhadap aktiviti sukan lasak seperti papan selaju (skateboard) dan rollerblade sememangnya semakin berkembang dalam komuniti sekarang. Pun begitu perlu diingatkan bahawa penggunaan skateboard di jalan raya adalah satu kesalahan undang-undang memandangkan ia dikategorikan sebagai kenderaan mikromobiliti. Bagi yang mahu mencuba sendiri atau sekadar mencari tempat untuk berlatih, ini 10 skate park menarik di Lembah Klang yang boleh anda kunjungi. Slide sampai habis dan jangan lupa share dekat member-member korang okay? ✍🏻 🎨: Hazwani 🔎: Faez ⬆️: Naili
1
94
1
36
22