PENGELOLA BIJAYA DIRAJA
SIAPAKAH yang melantik?
1. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah pihak yang melantik Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan.
2. Jawatan ini merupakan LANTIKAN TERUS oleh Baginda pemerintah untuk menguruskan hal ehwal peribadi, pentadbiran istana, dan adat istiadat diraja Baginda.
3. Individu yang memegang jawatan ini akan berkhidmat SELAMA MANA yang diperkenankan oleh Baginda selama mana memerintah.
TUGAS Utama,
1. Pengurusan PENTADBIRAN Istana
KETUA Jabatan
-Mengetuai dan menguruskan semua kakitangan istana, termasuk pengurusan kewangan, aset, dan bajet operasi istana.
JADUAL Bertugas
-Mengatur dan menyelaras jadual harian, majlis menghadap, serta lawatan rasmi Yang di-Pertuan Besar di dalam dan luar negara.
DOKUMENTASI Diraja
-Menyimpan dan menguruskan rekod-rekod penting, surat-menyurat rasmi, serta dokumen perlembagaan negeri yang melibatkan pihak istana.
2. Pengurusan ISTIADA dan PROTOKOL
MAJLIS Rasmi
-Merancang dan memantau kelancaran hari-hari penting seperti Hari Keputeraan Baginda, Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran, dan majlis santapan diraja.
PENJAGA Protokol
-Memastikan setiap tetamu (termasuk orang kenamaan dan diplomat asing) mematuhi adat resam dan protokol istana sepanjang majlis berlangsung.
3. PERHUBUNGAN Awam dan Hubungan Kerajaan
JURUCAKAP Utama
-Mengeluarkan KENYATAAN MEDIA, pengumuman rasmi, atau penafian bagi pihak istana kepada media dan orang awam.
ORANG Tengah
-Menjadi saluran perhubungan rasmi antara pihak Istana Negeri Sembilan dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan agensi kerajaan yang lain.
4. KESELAMATAN dan KEBAJIKAN Diraja
KAWALAN Keselamatan
-Menyelaras aspek keselamatan istana dan keluarga diraja bersama-sama dengan pihak polis, tentera, dan pasukan pengawal istana.
KEBAJIKAN Istana
-Memastikan semua keperluan domestik, logistik, kenderaan diraja, dan penyelenggaraan bangunan istana sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
ADAKAH boleh mengisytiharkan Yang di-Pertuan Besar SAH atau TIDAK?
1. Sama sekali TIDAK boleh.
2. Pengelola Bijaya Diraja TIDAK mempunyai sebarang bidang kuasa undang-undang atau perlembagaan untuk mengisytiharkan pelantikan seorang Yang di-Pertuan Besar (YDPB) SAH atau TIDAK.
3. Tugas beliau hanya TERHAD kepada perkara-perkara pentadbiran.
4. Beliau TIDAK BOLEH membuat sebarang keputusan politik atau perlembagaan negeri atas kehendak sendiri.
MENGAPA Tidak Boleh?
1. HANYA Penyampai Titah
-Apabila Pengelola Bijaya Diraja mengeluarkan kenyataan media mengenai status takhta, beliau tidak bertindak mengikut kuasanya sendiri.
-Beliau hanyalah "CORONG SUARA" atau jurucakap yang membacakan keputusan rasmi yang telah dibuat oleh PIHAK yang LEBIH TINGGI iaitu DKU.
2. TIADA Kuasa Perlembagaan
-Di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, UUTKNS 1959, jawatan ini merupakan jawatan PEGAWAI pentadbiran istana, BUKANNYA badan pemutus undang-undang negeri.
SIAPA yang Mempunyai KUASA SAH di Negeri Sembilan?
1. Negeri Sembilan mempunyai sistem beraja yang sangat unik di Malaysia.
2. Kuasa untuk mengisytiharkan, memilih, atau MENGESAHKAN kedudukan Yang di-Pertuan Besar terletak sepenuhnya di tangan:
UNDANG Yang Empat
-EMPAT Pemerintah LUAK iaitu Undang Luak Sungei Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol, dan Undang Luak Rembau, mempunyai KUASA MUTLAK mengikut perlembagaan UUTKNS 1959 untuk memilih dan melantik Yang di-Pertuan Besar.
DEWAN Keadilan dan Undang
-BADAN rasmi negeri yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Besar, dan dianggotai oleh Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin, Dato' Shahbandar & Tunku Besar Seri Menanti.
-Badan ini berfungsi menyelesaikan PERTIKAIAN mengenai ADAT, pemilihan Yang di-Pertuan Besar, dan KEDAULATAN negeri.
Nordanial Hamzah
09 Jun 2026