Kita belum rasa effect penuh krisis bekalan ni salah satu syukurnya sbb kita ada petronas. Kita jugak ada budi95, SKDS, STR, SARA. Semua ni sikit sebanyak dpt elakkan kita dari rasa kesan langsung krisis bekalan yang tengah peningkan kepala 1 dunia. Tp kena cermat la, jgn boros.
The legendary TS Hassan Marican baru² ni dia ditemuramah oleh Bernama.
Dia buka gelanggang dgn betulkan persepsi ramai -
krisis tenaga global yg berlaku ini jangan hanya tengok harga petrol saja naik, semua pun naik sebenarnya!
Tinggal lagi hg perasan tak perasan ja.
Bahan mentah naik, baja naik, dedak naik, barang plastik naik, besi buat rumah naik, shipping fees naik, macam² lagi naik.
Tapi kita tak perasan sangat, betul?
◾Boleh balik kg macam biasa sebab BUDI95 masih RM1.99.
◾ Bila beli barang, shipping fees masih terkawal sebab ada Fleet Card kawal harga diesel & BUDI Diesel RM400.
◾ Peti ais masih boleh diisi sebab ada SARA tiap bulan.
◾Barangan dapur asas tak melambung sebab masih boleh dibeli di Jualan Rahmah & Agro Madani.
Nikmat apa lagi mahu kita dustakan.