Bersama-sama dengan warga Klang pagi ini dalam Kempen Bebas Plastik Siri 2 bagi tahun 2025. Kempen ini adalah manifestasi tekad Kerajaan Negeri Selangor dalam membina budaya dan ekosistem bebas plastik demi kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar.
Langkah ini seiring dengan pendekatan Malaysia Madani, di mana rakyat, komuniti, NGO, usahawan sosial dan sektor swasta bersama-sama memainkan peranan penting dalam mewujudkan alam sekitar yang bersih dan lestari.
Saya menyeru warga Klang dan rakyat negeri Selangor untuk memulakan langkah kecil dengan membawa beg sendiri, bekas untuk mengisi makanan ke pasar malam atau kedai makan, kurangkan penggunaan botol plastik dan pilih produk mesra alam.
Saya percaya jika amalan ini dapat diperkukuh di Klang, antara bandar pelabuhan dan perindustrian utama, ia akan membawa impak besar ke seluruh negeri dan negara. Insya-Allah, tahun 2025 harus jadi titik perubahan gaya hidup kita semua.
Ayuh, jadikan Selangor negeri paling bersih, hijau dan lestari di Malaysia.
#KitaSelangor