JANGAN SALAHKAN MALAYSIA KERANA ROHINGYA
CENTHRA Malaysia memaklumkan masyarakat dunia seharusnya menekan Myanmar berbanding menyalahkan Malaysia di atas kes Pelarian Rohingya maklum Pengarah CENTHRA Malaysia Azril Amin
Malaysia kini merupakan negara kedua paling ramai menerima Pelarian Rohingya iaitu 126,144 orang. Kedua selepas Bangladesh. Satu satunya cara untuk mengatasi masalah ini dengan Rohingya pulang semula ke Myanmar dalam keadaan selamat dan haknya dijamin
Beberapa cadangan telah dikemukakan CENTHRA Malaysia untuk mengatasi masalah pelarian Rohingya.
1) Memperkukuhkan Dokumen Pendaftaran Pelarian DPP. Ini untuk memastikan semua pelarian Rohingya ada rekod dan data dalam sistem Malaysia. Ini akan membantu membezakan status pelarian seperti PATI dan mereka yang lari kerana penganiayaan di negara asal
2) Penguatkuasaan lebih kukuh dari Pasukan Keselamatan Malaysia
3) Memperkenalkan Skim Permit Kerja terhad untuk memastikan pekerjaan mereka dipantau. Mengurangkan pihak mengambil kesempatan ke atas mereka dan Ekonomi tidak formal serta meningkatkan pematauan kerajaan
4) Mempunyai RUU untuk membezakan status dan layanan ke atas pelarian serta PATI
5) Akses kepada pendidikan asas kepada kanak kanak Rohingya
6) ASEAN, OIC dan Masyarakat antarabangsa harus menekan Myanmar untuk menyelesaikan masalah Rohingya. Rundingan perlu dibuat dengan segera untuk mencapai kata sepakat mengenai kewarganegaraan Rohingya
7) Malaysia Melaksanakan peranan diplomatik untuk memaksa Myanmar bertanggungjawab dalam mengusir dan menzalimi rakyat Rohingya dan menentang mereka secara politik, diplomatik dan undang-undang
8) ASEAN, OIC dan Masyarakat antarabangsa Mewujudkan dana khas bagi membantu negara yang terjejas dengan pelarian Rohingya