Hi, I am looking for recruiters to hire me for any of the following positions:
- Mechanical Engineer
- QA/QC Engineer
- QA Executive
- ISO Management Representative
- Process Engineer
- (other similar job roles)
Please allow me to forward my CV to you. Thank you 🥺
Kalau manusia ada kelemahan, sistem juga pasti ada kelemahan kerana ia juga dicipta oleh manusia.
Tetapi kelemahan tersebut boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Untuk mengaturcara sesebuah sistem, anda tidak perlu tahu segalanya mengenai bahasa pengaturcaraan tersebut.
Python,C ,html, PHP malah apa jua bahasa yang digunakan, asasnya adalah sama.
Cukup sekadar mengetahui fungsi-fungsi asas.
Selebihnya gunakan sumber rujukan daripada Google kerana disini sudah terdapat berjuta solusi kepada masalah yang telah diselesaikan oleh orang lain sebelumnya.
Untuk cepat belajar pengaturcaraan (programming) pula perlu melakukan projek-projek yang berkaitan.
Hasilnya lebih cepat berbanding membaca teori sahaja.
Sejujurnya saya rasa, mereka yang datang daripada aliran Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik(EE) ni sangat bertuah.
Walaupun orang kata aliran ni susah untuk cemerlang berbanding aliran lain, tapi peluang pekerjaan tu luas dan ianya hampir related dengan kebanyakan bidang.
Bidang kerja pula tidak hanya berfokus pada teknikal.
Ramai juga yang memegang jawatan dalam pengurusan dan sales.
Malah ada yang menggunakan ilmu yang ada untuk membangunkan bisnes mereka sendiri.
Walaupun mereka ini berada didalam sektor dan jenis pekerjaan yang pelbagai, namun saya nampak ilmu-ilmu yang diperolehi dalam kursus (EE) ini dapat diguna pakai dengan sebaik mungkin.