Salam sdr, saya jelaskan sikit situasi sebenar ya. Surat yang dimaksudkan oleh YB
@alicelky adalah terkait cadangan bagi penubuhan Pusat Jantung dan Kanser di Sibu, Sarawak.
Untuk makluman, sepanjang tahun 2025, perbincangan intensif telah dijalankan bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, JKR, dan Kerajaan Negeri bagi memuktamadkan model pembiayaan dan lokasi yang paling strategik.
Pada 15 Disember 2025, hala tuju projek ini telah dipersembahkan kepada YAB PM dan tapak di Kota Samarahan telah dipersetujui secara rasmi menggunakan tanah Kerajaan Negeri yang diwartakan.
Isu "tidak menjawab" bukanlah bermaksud tiada tindakan, sebaliknya kita mahu memastikan setiap jawapan disandarkan kepada keputusan yang sudah dimuktamadkan, bukan sekadar janji kosong.
Terima kasih.