Filter
Exclude
Time range
-
Near
๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—”๐—Ÿ ๐—›๐—œ๐—๐—ฅ๐—”๐—› ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› 17 Jun 2026 | Putrajaya โ€“ Badan Ugama Kebajikan MARA (BUKM) telah mewakili Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyertai Sambutan Maโ€™al Hijrah 1448H Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya hari ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang berkenan berangkat bagi meraikan sambutan tahun baharu Hijrah peringkat kebangsaan. Bertemakan "MADANI Dihayati, Ummah Diberkati", sambutan ini menjadi platform untuk menghayati semangat hijrah, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan nilai-nilai Islam dalam membentuk masyarakat yang berilmu, berintegriti dan berakhlak mulia. Penyertaan BUKM mencerminkan komitmen MARA dalam menyokong usaha memperkasa pembangunan sahsiah dan penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan warga kerja. Salam Maโ€™al Hijrah 1448H. Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan kepada seluruh warga MARA serta rakyat Malaysia. #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
12
๐—ช๐—ถ๐—ฆ๐—˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ KANGAR, 17 Jun โ€“ Program Women in Search of Excellence (WiSE) 2026 semalam menghimpunkan kira-kira 300 usahawan wanita dari seluruh Negeri Perlis dalam usaha memperkasa pembangunan keusahawanan wanita menerusi platform perkongsian ilmu, inspirasi serta jaringan strategik. Program bertemakan โ€œElevating Women, Empowering Communitiesโ€ itu berlangsung selama sehari di Dewan Bakawali, Mes Pegawai Kanan PDRM, Kangar hasil anjuran MARA dengan kerjasama Yayasan Tuanku Fauziah (YTF). Baca selanjutnya : facebook.com/share/p/1EfgJmvโ€ฆ #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
13
๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—š๐—”๐—ง๐—˜ ๐—ง๐—ข ๐—š๐—Ÿ๐—ข๐—•๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—ž๐—œ๐—˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi Program Gate to Global bakal menyertai pameran perdagangan antarabangsa, Korea Import Expo (KIE) 2026 yang akan berlangsung di Coex,Seoul, Korea Selatan pada 23 hingga 25 Jun 2026. Penyertaan melibatkan 10 syarikat usahawan di bawah bimbingan MARA menerusi Program Gate to Global untuk memperluas akses pasaran global, mengeratkan jaringan perniagaan antarabangsa serta meneroka peluang eksport melalui platform strategik yang menghimpunkan pemain industri dari pelbagai negara. Senarai syarikat terlibat: 1) JALEN SDN BHD 2) TOKKU LEKO SDN BHD 3) MUNIF HIJJAZ MARKETING SDN BHD 4) HIJRAH NATURE HERBS (M) SDN BHD 5) CHOCSVALLEY CHOCOLATE SDN BHD 6) NAJEEHAH INTERNATIONAL SDN BHD 7) PISANGO SDN BHD 8) NIMS ADELICIOUSZ SDN BHD 9) CAMARIA GLOBAL SDN BHD 10) BIOFITRAH (M) SDN BHD Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen MARA dalam memperkasa dan memacu usahawan Bumiputera agar lebih kompetitif, berdaya saing serta mampu menembusi pasaran global secara berterusan. #Putera35 #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
41
Satu pagi yang penuh inspirasi. Perkongsian bermakna daripada panel-panel hebat mengenai pemerkasaan wanita, disusuli sesi beramah mesra bersama Timbalan Ketua Pengarah MARA โ€” semoga setiap perkongsian menjadi pemangkin untuk terus melangkah jauh. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #60TahunMARA #MenjunjungAmanah #UnifiedEntity
41
Salam Maal Hijrah 1448H. Semoga kedatangan tahun baru ini membawa sinar perubahan yang lebih baik, limpahan keberkatan, dan kejayaan dalam setiap langkah kehidupan kita. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
26
๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—•๐—”๐—ช๐—” ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—š๐—ง๐—š ๐—›๐—š๐—›๐—ฉ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ž๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—•๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—˜๐—” KUALA LUMPUR, 15 Jun 2026 - Lima (5) usahawan Gate to Global (GTG) MARA berpotensi tinggi akan menyertai Program Market Immersion ke Republik Korea (ROK) yang berlangsung di Seoul dari 29 Jun hingga 1 Julai 2026 bagi meneroka peluang kerjasama strategik dan pengembangan perniagaan dalam sektor teknologi serta industri bernilai tinggi. Program yang memberi tumpuan kepada usahawan High Growth High Value (HGHV) itu melibatkan penyertaan syarikat dalam bidang kecerdasan buatan (AI), realiti maya dan terimbuh (VR/AR), teknologi operasi bawah air, kejuruteraan serta penyelenggaraan infrastruktur. Sebagai persediaan, satu sesi taklimat pra-pelepasan telah diadakan hari ini di Menara MATRADE bagi memberi penerangan mengenai peluang pasaran, atur cara program serta aspek logistik kepada peserta yang terlibat. Misi ini sejajar dengan usaha MARA memperluas akses usahawan Bumiputera ke pasaran antarabangsa melalui sektor berimpak tinggi dan berasaskan inovasi. Republik Korea dikenal pasti sebagai antara pasaran strategik yang menawarkan peluang besar dalam bidang pembinaan pintar, digital twin, automasi industri, robotik dan AI yang berkembang pesat. Melalui program ini, peserta berpeluang membina rangkaian perniagaan, meneroka kerjasama teknologi serta mempromosikan kepakaran syarikat Malaysia kepada pemain industri di Korea Selatan, sekali gus menyokong agenda melahirkan lebih banyak usahawan Bumiputera berdaya saing di peringkat global. Turut hadir, Encik Mazlan bin Harun, Pengarah Seksyen China dan Asia Timur, Bahagian Promosi Eksport & Akses Pasaran, MATRADE, Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA dan Encik Zahrail Affenday bin Mohamed, Pengarah MARA Negeri Kelantan. #PuTERA35 #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
1
46
๐— ๐—”๐—ฅ๐—”-๐— ๐—œ๐—ฆ๐—– ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—”๐—ก MELAKA, 15 JUN 2026 โ€“ Pelajar Bumiputera berpotensi tinggi kini mempunyai laluan yang lebih jelas untuk membina kerjaya dalam industri maritim menerusi kerjasama strategik antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan MISC Berhad yang merangkumi penajaan pendidikan, pembangunan bakat, latihan industri serta peluang pekerjaan dalam sektor maritim negara. Kerjasama tersebut dizahirkan menerusi pelancaran rasmi Program MARA-MISC Edu Bridge serta penyampaian biasiswa kepada pelajar terpilih di bawah MARA-MISC Education Sponsorship Hybrid Programme (MESH-MISC) yang berlangsung di Dewan Polaris, Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka. Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MISC Berhad, Zahid Osman. Antara inisiatif utama ialah MARA-MISC Education Sponsorship Hybrid Programme (MESH-MISC) yang menawarkan penajaan bersama kepada 50 pelajar lepasan MRSM dalam bidang Kejuruteraan Maritim. Program ini turut menyediakan peluang kerjaya bersama MISC Berhad selepas tamat pengajian bagi memastikan kesinambungan pembangunan bakat dalam industri maritim negara. Majlis turut menyaksikan pelancaran rasmi Program MARA-MISC Edu Bridge, sebuah inisiatif Sekolah Angkat Maritim yang memberi pendedahan awal kepada pelajar MRSM mengenai peluang kerjaya dalam industri maritim. Program ini melibatkan lima buah MRSM terpilih dan akan dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti pembangunan bakat termasuk program STEM berasaskan maritim, lawatan industri dan sesi perkongsian bersama profesional industri. Selain itu, kerjasama ini turut merangkumi pelaksanaan Program Perantisan MARA-MISC yang menawarkan peluang kepada graduan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) untuk memperoleh pengalaman industri secara berfokus serta mendapatkan sijil kompetensi yang ditauliahkan oleh Jabatan Laut Malaysia bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam sektor maritim. Kerjasama strategik MARA dan MISC Berhad ini dijangka menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan lebih ramai profesional maritim Bumiputera yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri pada masa hadapan. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
1
73
๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—š๐—œ๐—”๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—” ๐—™๐—ข๐—ž๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—™๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—จ๐—ž๐—ง๐—จ๐—ฅ MELAKA, 15 Jun 2026 โ€“ Ir. Dr. Mahzan Teh, Timbalan Ketua Pengarah MARA, telah mengadakan lawatan kerja ke GIATMARA Alor Gajah dan GIATMARA Masjid Tanah bagi meninjau pelaksanaan program latihan kemahiran, kemudahan pembelajaran serta perkembangan pembangunan institusi dalam memastikan penyampaian pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) terus berada pada tahap terbaik. Lawatan tersebut bertujuan mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai keperluan semasa institusi, termasuk aspek infrastruktur, kelengkapan latihan serta pengukuhan kerjasama strategik bersama industri bagi memastikan program yang ditawarkan kekal relevan dengan keperluan pasaran pekerjaan. Tinjauan ini juga selaras dengan komitmen MARA dalam memperkukuh ekosistem pendidikan dan latihan berteraskan industri. Dalam lawatan berkenaan, beliau turut mengadakan sesi interaksi bersama pengurusan dan tenaga pengajar bagi membincangkan inisiatif penambahbaikan berterusan serta usaha memperkasa ekosistem TVETMARA ke arah melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan pembangunan negara. #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
1
74
๐—š๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—ฅ๐—˜๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—œ๐—ก๐—”๐—ฅ ๐——๐—œ ๐—™๐—™๐—”๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Majlis Amanah Rakyat (MARA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada sembilan pelajar Diploma in Creative Digital Media Production (DCD), Kolej Profesional MARA Indera Mahkota atas kejayaan membanggakan yang diraih di Festival Filem Anak Muda Malaysia (FFAM) Ke-5 yang berlangsung pada 12 hingga 14 Jun 2026 di Universiti Sains Malaysia. Kejayaan filem pendek Nafsi terbitan Hayyat Production yang dinobatkan sebagai Naib Johan Festival serta meraih anugerah Pengarah Terbaik, Skrip Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik membuktikan bakat, kreativiti dan kemampuan pelajar Kolej Profesional MARA Indera Mahkota untuk bersaing serta menyerlah dalam industri kreatif negara. Pada masa yang sama, pencapaian filem pendek Dursila terbitan The Senimen Production yang berjaya tersenarai dalam lima filem pendek terbaik turut mencerminkan standard penghasilan karya yang berkualiti tinggi. MARA amat berbangga dengan pencapaian ini yang mencerminkan keberkesanan ekosistem pendidikan Kolej Profesional MARA Indera Mahkota dalam melahirkan bakat kreatif yang berdaya saing, inovatif dan bersedia memenuhi keperluan industri. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga MARA untuk terus mengejar kecemerlangan serta menghasilkan lebih banyak karya yang mampu memberi impak kepada masyarakat dan negara. Syabas dan tahniah. Teruskan berkarya, terus melakar kejayaan. MARA sentiasa menyokong dan meraikan pencapaian anak-anak MARA di persada nasional mahupun antarabangsa. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
1
42
๐—ช๐—ข๐— ๐—˜๐—ก ๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—”๐—ฅ๐—–๐—› ๐—ข๐—™ ๐—˜๐—ซ๐—–๐—˜๐—Ÿ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜ (๐—ช๐—ถ๐—ฆ๐—˜) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿญ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ Bersedia untuk Women in Search of Excellence (WiSE) 2026 yang menghimpunkan wanita inspirasi, usahawan berjaya dan pemimpin masa hadapan. Jumpa anda di Kangar, Perlis. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
1
35
๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
1
30
๐—ช๐—ข๐— ๐—˜๐—ก ๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—”๐—ฅ๐—–๐—› ๐—ข๐—™ ๐—˜๐—ซ๐—–๐—˜๐—Ÿ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜ (๐—ช๐—ถ๐—ฆ๐—˜) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿฎ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ Bersedia untuk Women in Search of Excellence (WiSE) 2026 yang menghimpunkan wanita inspirasi, usahawan berjaya dan pemimpin masa hadapan. Jumpa anda di Kangar, Perlis. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
1
68
๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ฆ๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—œ๐—ฃ๐— ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ JOHOR, 13 Jun 2026 - Mesyuarat transformasi program-program pendidikan di IPMa Johor yang menjuruskan kepada industri telah dipengerusikan semalam oleh Ir. Dr. Mahzan bin Teh, Timbalan Ketua Pengarah MARA dan dianggotai pengarah-pengarah IPMa Negeri Johor di Kolej Professional MARA (KPM) Bandar Penawar. Baca selanjutnya : facebook.com/share/p/1ASY5mHโ€ฆ #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
1
74
๐—ช๐—ข๐— ๐—˜๐—ก ๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—”๐—ฅ๐—–๐—› ๐—ข๐—™ ๐—˜๐—ซ๐—–๐—˜๐—Ÿ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜ (๐—ช๐—ถ๐—ฆ๐—˜) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿฏ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ Bersedia untuk Women in Search of Excellence (WiSE) 2026 yang menghimpunkan wanita inspirasi, usahawan berjaya dan pemimpin masa hadapan. Jumpa anda di Kangar, Perlis. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
1
53
๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—œ๐—ก ๐—™๐—”๐—ฆ๐—›๐—œ๐—ข๐—ก (๐— ๐—œ๐—™) | ๐—ช๐—ข๐— ๐—˜๐—ก ๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—”๐—ฅ๐—–๐—› ๐—ข๐—™ ๐—˜๐—ซ๐—–๐—˜๐—Ÿ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜ (๐—ช๐—ถ๐—ฆ๐—˜) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Sebagai sebahagian daripada pengisian Women In Search of Excellence (WiSE) 2026, MARA In Fashion (MIF) mengetengahkan kreativiti dan bakat usahawan fesyen MARA menerusi persembahan runway yang menampilkan koleksi berkonsepkan Modest Fashion. Baca selanjutnya : facebook.com/share/p/1BijrWTโ€ฆ #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
1
43
๐—ช๐—ข๐— ๐—˜๐—ก ๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—”๐—ฅ๐—–๐—› ๐—ข๐—™ ๐—˜๐—ซ๐—–๐—˜๐—Ÿ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜ (๐—ช๐—ถ๐—ฆ๐—˜) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿฐ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ Bersedia untuk Women in Search of Excellence (WiSE) 2026 yang menghimpunkan wanita inspirasi, usahawan berjaya dan pemimpin masa hadapan. Jumpa anda di Kangar, Perlis. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
1
48
๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ฆ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก SRI AMAN, 12 Jun โ€“ YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah semalam telah mengadakan lawatan ke premis usahawan bimbingan MARA di Bazar MARA Sri Aman bagi meninjau perkembangan perniagaan serta keberkesanan kemudahan ekosistem keusahawanan yang disediakan oleh MARA kepada usahawan Bumiputera. Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MARA dalam memperkukuh hubungan dengan usahawan serta memantau impak bantuan dan kemudahan yang disalurkan bagi menyokong pertumbuhan perniagaan di kawasan luar bandar. Dalam lawatan tersebut, beliau meninjau operasi Fassma Enterprise yang diusahakan oleh Abang Muhd Faris Bin Abang Ali menerusi jenama HitBarber Classic di Bazar MARA Sri Aman. Usahawan lepasan GIATMARA Petrajaya itu berjaya mengembangkan perniagaan dandanan rambutnya sehingga membuka dua cawangan di Sri Aman hasil pengalaman, latihan kemahiran dan sokongan pembangunan perniagaan yang diterima. Prestasi perniagaan syarikat turut menunjukkan peningkatan apabila nilai jualan meningkat daripada RM95,000 pada tahun 2024 kepada RM133,000 pada tahun 2025. Selain menyediakan peluang pekerjaan kepada lima penduduk tempatan, syarikat berkenaan turut menerima kemudahan Sewaan Premis dan Pembiayaan MARA bagi memperkukuh operasi perniagaannya. Turut diketengahkan dalam lawatan tersebut ialah kejayaan Sya Trigona Familyz yang diusahakan oleh Norina Anak Bunyam di Lubok Antu. Perusahaan madu kelulut itu berjaya menembusi pasaran seluruh Malaysia, Brunei dan Kalimantan, Indonesia hasil penekanan terhadap aspek kualiti produk serta pematuhan pensijilan termasuk HALAL dan MyIPO. Syarikat berkenaan mencatatkan peningkatan jualan daripada RM120,000 pada tahun 2024 kepada RM200,000 pada tahun 2025 dan aktif menyertai pelbagai program promosi serta pameran di dalam dan luar negara bagi memperluaskan pasaran produk tempatan. Lawatan ini mencerminkan komitmen MARA dalam menyediakan ekosistem pembangunan usahawan yang menyeluruh merangkumi latihan, pembiayaan, geran pembangunan perniagaan dan premis perniagaan bagi membantu usahawan Bumiputera meningkatkan daya saing serta mengembangkan perniagaan secara mampan. Kejayaan yang dicapai oleh usahawan bimbingan MARA di Sri Aman membuktikan bahawa sokongan berterusan dan pembangunan kapasiti yang strategik mampu melahirkan lebih ramai usahawan berdaya tahan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan komuniti setempat. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
1
116
๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ž Bandar Penawar, 12 Jun 2026 - Peluang pendidikan, latihan dan kerjaya dalam industri logistik terus diperluaskan oleh MARA bagi memastikan lebih ramai pelajar dan graduan Bumiputera dapat memanfaatkan pertumbuhan sektor strategik yang menjadi antara pemacu utama ekonomi negara. Baca selanjutnya : facebook.com/share/p/18yckUkโ€ฆ #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMADANI #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
1
46
๐—™๐—”๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—š๐—˜๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ Sumber : RTM -Berita Pagi Sarawak 12 Jun 2026 #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
1
107