Susah betul soalan
@Iswardy2025 ni? Tapi caranya saling tak tumpah macam cara yang dilakukan oleh atok dulu daripada parti Keris.
Gen-Z dan millennia mungkin ramai tak tahu. Matlamatnya sama walaupun mungkin skrip yang berbeza. MATLAMATNYA ADALAH UNTUK MENAKUT-NAKUTKAN PENGKRITIK MEREKA. Nak jadi cerita, Timbalannya banyaklah mengkritik tentang,
โ mengkayakan kronik, anak2, ipar duai, sedara mara bagai.
โ projek2 mega seperti bangunan Batu Nisan, istana di PutarJaya dan dan lain2.
โ bailout syarikat2 anak dan kroni yang bermasalah guna wang rakyat tanpa bayar sesen pun.
Akhirnya, timbalannya dipecat dalam semua jawatan kerajaan dan juga parti. Tak cukup dengan itu,
๐ Dijaja kononnya timbalannya ada harta RM3 bilion. Diugutnya Penolong Gabenor ketika itu untuk buat pengakuan tersebut dan disiarkan dalam media arus Perdana samada elektronik mahupun cetak.
๐Dituduh malah didakwa di Mahkamah kononnya terlibat dalam seks luar tabie bersama 2 pembantunya. Apa yang menghairankan, kedua-dua pembantunya dibawa terus ke mahkamah berasingan. Kedua2nya dijatuhi hukuman yang sama 6 bulan penjara dan kedua2nya dihantar pulang ke negara masing2 sejurus selepas bebas. Mahkamah lain2, tapi hukumannya sebijik sama. ๐คฃ
๐ Dituduh pula dengan meliwat pemandu peribadi isterinya di sebuah villa. Bila masuk mahkamah, rupanya villa tu tak siap pun lagi ketika dituduh berlakunya liwat. Kan bangang tu? ๐คฃ
๐ Penyokong2 pula ramai dikenakan dengan ISA, Akta Hasutan bagai untuk tutup mulut mereka.
Berbalik kepada soalan Iswardy tadi, aku tak tahu siapa yang dimaksudkan ๐๐๐. Tapi, apa bezanya dia yang menjadi soalan ini, dengan Atok dulu? Takde! Sama je. Yang pasti, dia akan jatuh juga sooner or later. Dulu zaman Atok agak lambat nak jatuh sebab internet belum digunakan secara meluas. Dulu, zaman komunikasi sehala. Sekarang berbeza. Sekarang zaman internet. Maklumat di hujung jari. Maklumat dua hala dan lebih pantas.
Itu pentingnya sejarah. Jika sejarah lama seperti ini dikitar semula, percayalah dia akan jatuh tersungkur.