Sebuah lagi pencapaian penting bagi ekosistem keselamatan siber telah kita kecapi semalam — majlis menandatangani MOA antara CyberSecurity Malaysia (CSM) dan MyORI Services Sdn Bhd, pembangun Platform MyORI SmartSecure, satu penyelesaian ‘tagging’ produk selamat yang menggunakan teknologi NFC yang disulitkan ('encrypted') untuk mengesahkan produk dengan selamat, kini sedang dalam proses permohonan paten.
Dalam ucapan saya, saya menekankan kepentingan ekosistem digital yang selamat dan kukuh dalam mengharungi era digital yang semakin kompleks. Dunia digital kini semakin berkait rapat dengan ekonomi, tadbir urus, dan kehidupan seharian, dan meskipun perkaitan ini membawa pelbagai peluang besar, ia juga mendedahkan kita kepada pelbagai risiko dan ancaman besar.
Kerjasama awam-swasta sememangnya penting dalam memerangi pelbagai ancaman yang sentiasa berkembang dan kompleks, dan kerjasama CSM-MyORI adalah salah satu manifestasi jalinan kerjasama dalam mendorong kemajuan dan inovasi di negara kita.
---
Yesterday marked another milestone for our cybersecurity ecosystem — an MOA signing ceremony between CyberSecurity Malaysia (CSM) and MyORI Services Sdn Bhd, the developer of the MyORI SmartSecure Platform, a patent-pending secure product tagging solution utilising encrypted NFC technology to securely authenticate products.
In my speech, I highlighted the importance of a secure and resilient digital ecosystem in navigating the complexities of the digital age. Our economy, governance, and daily lives are increasingly intertwined with digital platforms, and while this interconnectedness brings immense opportunities, it also exposes us to significant risks and threats.
Public-private partnerships are more important than ever in combating the constantly evolving, multifaceted, and complex threats, and the CSM-MyORI collaboration is one testament to the power of collaboration in driving progress and innovation in our nation.
#MalaysiaMADANI #MOA #CSM #MyOri