Misi saya adalah untuk menaikkan gaji rakyat.
Sebab berpuluh tahun gaji kita tak naik.
Sebab gaji ini tak naiklah bila harga barang naik sikit, kita terkesan. Nak beli rumah, kita terkesan.
Oleh sebab itu Kerajaan Perpaduan ambil pendirian berani untuk segera bertindak dengan adanya satu dasar kerajaan yang dirangka melalui Kementerian Ekonomi.
Kita harus tingkatkan bagi setiap RM100 majikan kita terima, sekurang-kurangnya RM40 kembali kepada pekerja.
Jika dibanding dengan keadaan sekarang, cuma sekitar RM30 sahaja kembali kepada kita.
Kerja naikkan gaji rakyat memang rumit tetapi kita harus lalui proses itu dan berikan yang terbaik untuk rakyat.