90% manusia masih belum perasan dan belum gunakan betul-betul media sosial untuk membina kehidupan yang lebih baik.
Sejak menggunakan media sosial dengan teknik dan strategi yang betul, hidup saya berubah 1000%.
Tips menggunakan media sosial untuk mengubah kehidupan :
1. Pilih 1 tajuk yang korang mahir (tak semestinya tentang bisnes). Apa level mahir tu? Kalau pejam mata pun kau boleh ulas. Kalau 1 apa pun kau tak mahir tak mengapa, itu adalah satu petanda bahawa kau dah lama tak belajar benda baru. Jadikan kesedaran ini sebagai permulaan belajar ilmu baru.
2. Mulakan dengan menulis. Khususnya kalau kau tak suka orang kenal. Kemudian baca semula apa yang kau tulis dan rekod video berdurasi pendek. Masukkan suara rakaman kau sebagai voice over. Pastikan ianya, singkat, padat dan bermanfaat. Untuk permulaan, kalau boleh video bawah 1 minit. Ataupun kau terus publish penulisan kau di semua media sosial.
3. Gunakan font dan music yang ada di aplikasi Tiktok. Mengikut kesesuaian video yang korang buat. Kau jangan syok sendiri. Kalau kau suka satu lagu, kau dengar je sorang-sorang dalam kereta. Tak semestinya kenal letak lagu yang kau suka dalam konten.
4. Untuk permulaan kalau boleh henyak 3 hingga 5 video sehari. Kalau yang menulis, henyak sebanyak mungkin penulisan sebab menulis paling mudah tak perlu rekod dan edit. Kalau saya dulu, sehari 10 video je ha ha ha. Tik tok suka konten creator. Lagi ramai buat konten, lagi ramai yang akan menonton. Lagi ramai orang berkumpul di tiktok, lagi mudah mereka distribute iklan berbayar.
5. Fokus bagi MANFAAT. Apa benda yang ia bermanfaat bagi diri kau, kongsikan ia kepada orang lain. Jangan syok sendiri.
6. Untuk permulaan, elakkan buat video menjual.
7. Fasa pertama cuba Konsisten selama 180 hari, sebab fasa pertama ni nak biasakan diri dengan rutin baru sahaja.
8. Kena perah otak supaya kreatif, normal is boring.
9. Video tak semestinya kena nampak wajah. Boleh guna caption di dalam video ataupun buat voice over.
10. Selepas dapat 1000 followers, dah boleh mula buat live. Buat live pun sama, tak semestinya kena nampak wajah sendiri. Boleh halakan kamera ke arah lain.
11. Lebih banyak video bermanfaat, lebih besar peluang untuk orang share. Lebih ramai orang share lebih besar peluang dapat followers baru.
12. Selepas mula ada crowd, boleh mula jana pendapatan menggunakan video. Seperti jual produk orang lain (affiliate). Boleh promosikan tiktok shop ketika live ataupun melalui video.
13. Selepas ada followers, boleh jana pendapatan dengan buat paid review.
14. Selepas ada followers, boleh dapat gift ketika buat live.
15. Bina audiens ni bukan untuk usahawan sahaja. Ia untuk orang bekerja juga. Apa sahaja kerjaya kau, kau kongsikan manfaat dan kepakaran kau kepada audiens. Disebabkan kau konsisten bagi value, kau ada peluang dapat tawaran kerja dengan gaji lebih baik.
Kalau hidup kau sekarang tak banyak peluang maksudnya kau tak berjaya capai ramai orang.
Media sosial adalah alat untuk capai seramai mungkin orang walaupun tanpa perlu guna iklan berbayar.
The more people you reach, the more chance you get.
Platform media so sial ni jika digunakan ke arah yang betul, ianya boleh jadi satu platform untuk kaya di dunia dan kaya pahala di akhirat.
Platform mana yang paling bagus sekarang?
Lah kenapa ambik sikit-sikit, kan boleh tapau semua? Ha ha ha
Saya punya media sosial fesbuk 480k, tt 900k, ig 140k, youtube 67k dan X 19k.
Do you understand?