Tiga pemimpin kaya raya yang Allah panjangkan umur mereka, tun dr m, tun daim dan tun taib mahmud dari serawak
Semasa Allah pinjamkan kekuasaan kepada mereka di zamannya mereka sangat berkuasa dan hebat, mampu bersaing dengan kawan dan lawan mereka dalam apa juga keadaan...
Tun Dr M walaupun paling tua di kalangan tiga pemimpin ini tapi dia masih sangat sihat dan aktif boleh nampaknya berjalan dan menyerang musuh politik cuma kuasa dah tak ada maka sangat terbatas, sokongan menurun....
Tun Daim tokoh yang luarbiasa kekayaannya jika di lihat di lapuran media baru baru ini nampak kurang sihat walaupun umur masih muda sekitar 84 tahun, sudah duduk di kerusi roda tapi ingatan masih kuat juga, cuba melawan musuh politiknya dan mengajak rakyat melawan dan menyerang perdana menteri tapi sambutan tidak memberangsangkan...
Tun Taib Mahmud semalam berita yang keluar sangat mengejutkan beliau di colek kononnya dari hospital oleh isterinya dan kesihatan tun tidak di ketahui jelas oleh masyarakat sama ada ingatan masih bagus atau pun tidak. Tetapi yang jelas perbalahan keluarga antara yang berlaku sehingga di bawa ke mahkamah dan melibatkan pihak polis...
Ketiga sahabat baik ini masa berkuasa sangat kuat dan di geruni pihak lawan dan kawan, sangat di hormati ketika berkuasa, apa saja mereka buat semua boleh terjadi... Anak anak mereka semua sangat berjaya dan kaya...
Pengajaran yang kita perlu pelajari ialah kekayaan yang luarbiasa rupanya tidak mampu membawa kebahagian sehingga ke hujung kehidupan, kekayaan juga boleh menyebabkan kehidupan menjadi huru hara dan perebutan keluarga, kekayaan juga tak mampu melindungi kekebalan diri kerana yang maha kaya adalah Allah swt sahaja dan yang maha berkuasa adalah Allah swt... Dan maha pengampunan juga Allah swt.... Semoga tiga tokoh ni di ampunkan Allah dan di berikan kesabaran dan ketenangan di hujung usia... Pengajaran juga buat kita
#ladybug