'Umar adalah lelaki sebenar lelaki untuk saya, selepas Rasulullah SAW.
Keras, but he cried the loudest semasa kewafatan Nabi.
Sahabat besar, ttp tahu di mana kedudukannya, bila dicadangkan sbg khalifah.
"Tidak mungkin aku menjadi khalifah yg di dalam rakyatnya ada Abu Bakar."
Tapi lepas jadi Khalifah, Saidina Umar RA amatlah lemah lembut orangnya.
Antara perkataan pertama yang keluar daripada mulut Umar RA ketika dilantik jadi khalifah, beliau berdoa:
اللهم إني شديد فليني، وإني ضعيف فقوني، وإني بخيل فسخني
“Ya Allah, sesungguhnya aku ini keras, maka lembutkanlah aku; sesungguhnya aku ini lemah, maka kuatkanlah aku; dan sesungguhnya aku ini bakhil, maka jadikanlah aku pemurah”.
Umar RA juga berkata,
ما كان الله ليراني أرى نفسي أهلاً لمجلس أبي بكر
“Aku sesekali takkan membiarkan diriku layak untuk menduduki kedudukan Abu Bakar”.