𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲: 𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛, 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗨𝗡 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛
Selepas saya perli kawan-kawan di Dewan Rakyat asyik ambil gambar belakang untuk tunjukkan kepala yang semakin hilang rambut, ada yang ambil dari depan.
Depan pun ada masalah juga, nampak butang baju terseksa.
Depan salah, belakang pun salah.
Samalah macam nak bagi pandangan sebagai orang politik. Depan salah, belakang pun salah.
Tapi kena cakap juga.
Jadi dalam perbahasan belanjawan kali ini, saya cakap depan-depan kepada Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri: di sebalik kebingitan pelbagai pengumuman dan kejayaan, jangan lupa soal hutang dan bayar faedah hutang yang melonjak naik.
Ini ucapan penuh saya. Saya kongsikan dalam bentuk bebenang visual. Tolong bantu sebar (repost) supaya lebih ramai dapat faham konteksnya.