5 Jun 2026
Sedikit catatan Sejarah lampau buat ingatan pada teman2 yang mungkin sudah lupa, dan pahlawan2 kesiangan hari ini yg tak ketahuan punca....
Dari 2 hingga 20 September 1998, beberapa Pimpinan Kanan & ahli Parlimen/ADUN UMNO/BN, yg merupakan teman rapat beliau sewaktu menjadi Timbalan Presiden UMNO dulu, telah hadir mengunjungi DSAI di kediamannya di Jalan Setiamurni, Bukit Damansara, menzahirkan simpati & solidariti. Antara seingat saya ialah TS Muhyiddin Yasin, DS Ahmad Zahid Hamidi (21 September 1998 ditahan dibawah ISA selama 11 Hari), Allahyarham Dr Affifuddin Omar, Dr Nungsari Ahmad Balik Pulau, Dr Zambry Kadir (juga ditahan di bawah ISA), & bbrpa yang lain yang saya dah lupa nama mereka.
Selepas DSAI ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 @ ISA utk pemahaman generasi sunat laser) pd 20 September 1998, beberapa dari mereka turut ditahan di bawah ISA.
Ada yg kemudiannya meletakkan Jawatan di dalam parti, ada yg dikenakan tindakan disiplin, tapi tidak ada seorang pun setahu saya, yg dipaksa atau didesak meletakkan Jawatan sebagai WAKIL RAKYAT (ADUN ATAU MP), apa lagi DIHENTIKAN akses kepada peruntukan bantuan pembangunan kecil di kawasan DUN atau Parlimen yang diwakili masing2.
Yang menariknya, dari kalangan mereka, tidak ada seorang pun dari mereka (kecuali maybe TS Muhyiddin) yang meninggalkan UMNO, tidak ada yg dihina, dikeji, dicemuh, ditohmah, apalagi berdepan dengan pelbagai bentuk Fitnah dalaman, bahkan yg lebih menariknya, beberapa dari mereka berjaya made a comeback dalam UMNO selepas era Tun Mahathir, dan Hari ini berjaya menjadi Pimpinan Kanan dalam UMNO, yang akhirnya memungkinkan Kerajaan Perpaduan hari ini berjaya diwujudkan Pasca PRU15 pada November 2022.
Kesimpulannya hari ini, byk pengajaran yang boleh dipelajari dari catatan Sejarah Hari ini, supaya yang memegang amanah Tampuk Kuasa hari ini tidak terus alpa, leka dan lupa pada kebijaksanaan lalu, bahkan tidak terus lupa Akar & umbi perjuangan yg diwarisi, serta lupa bahawa Amanah Kuasa yg sedang disandang ini hanya bersifat Sementara.
Ingatlah, Roda KeADILan ITU sentiasa berputar...
Wallahualam...
Fikir2kanlah..
#AyuhMalaysia
Kita sama2
#BinaSemulaNegara