Alhamdulillah saya telah hadir ke Majlis Perasmian UNIREADY 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Turut hadir bersama YBhg. Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB); YBhg. Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; YBrs. Professor Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari; Naib Canselor UNITEN; YBrs. Tuan Faizal Iqram Ibeni Yanin, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) serta YBrs. Encik Saifulizan Haron, Pengurus Besar Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak.
Program UNIREADY2026 @ UNITEN ini merupakan platform khas untuk pelajar lepasan SPM, STPM, dan graduan diploma, bagi memberikan pendedahan awal kepada
landskap pengajian tinggi di UNITEN.
Program ini juga bukan sekadar persediaan melangkah ke alam universiti, tetapi merupakan satu usaha besar dalam membina keyakinan, memperkasa potensi, dan menyemai impian anak-anak kita agar berani melakar masa depan yang lebih gemilang.
Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada UNITEN, pihak penganjur dan semua rakan kerjasama yang telah menjayakan program ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA