jawapan serious:
ia ada disebutkan di dalam kitab fiqh.
wajib bagi seorang suami untuk menyiapkan dan menafaqahkan bagi isteri keperluan² untuk membersihkan diri. maka, alat² dan ubat² penjagaan kulit (skincare) juka termasuk di dalam perkara ini.
“Dan wajib [keatas seorang suami untuk menafqahkan] alat² membersihkan diri seperti sikat (mishṭ), minyak [rambut] (duhn), perkara yang digunakan untuk mencuci rambut, litarj (mirtak) dan seumpamanya untuk mengelakkan bau daripada ketiak (ṣunān).”
— al-Imām Abū Zakariyyā Yaḥyā ibn Sharaf an-Nawawī raḍiya ‘Llāhu ʿanh, Minhāj aṭ-Ṭālibīn
“«Dan…» wajib keatas sang suami untuk [menafaqahkan] sang isteri «…perkara yang digunakan untuk mencuci rambut…» daripada bidara (sidr) atau “marsh mallow” (khiṭmī; Althaea officinalis) mengikut ʿadat kebiasaan disebabkan keperluannya kepada perkara tersebut; kadar jumlahnya dikembalikan kepada ʿadat kebiasaan.
«…dan litarj…»; asalnya daripada plumbum untuk menyahkan bau ketiak kerana ia menahan peluh [daripada keluar]. Dan berkata ad-Damīrī, jika ia dicampurkan dengan cuka, maka ia akan menukar sifat berasid kepada yang lebih lembut.
«…dan seumpamanya…» iaitu litarj «…untuk mengelakkan…» iaitu untuk menyahkan bau «…ketiak…» jika tidak dapat dihilangkan melainkan dengannya, seperti air dan tanah; kerana kedua-dua suami isteri akan terganggu dengan bau yang busuk itu.”
— al-Imām Shams ad-Dīn Muḥammad ibn Aḥmad al-Khaṭīb ash-Shirbīnī raḍiya Allāhu ʿanh, Mughnī al-Muḥtāj
“Ada dalam islam ke kena belikan skincare untuk wife?”
The same person; “Salam mein, bini aku jelik & kepam. Tak reti pakai skincare ke apa? Duit 50 ringgit aku bagi tu takleh tahan ke setahun?”