Bila kerja zakat ni kerap dapat jumpa,
Pemuda usia tak sampai 30 tahun, minta kirakan zakat. Gaji dia RM22,000 sebulan.
Beberapa minit kemudian, ada sorang abang 40an datang mohon bantuan zakat. Gajinya RM1,500 dengan isteri tak bekerja dan anak 4 orang.
Dua kehidupan berbeza, tapi menggambarkan hakikat dunia sebenar. Rezeki itu benar-benar ujian serta milik Allah.
Namun indahnya Islam ini, di sebalik perbezaan begini, ada satu sistem yang menyatukan mereka iaitu zakat.
Ia bukan sekadar rukun Islam yang wajib, tapi 'jambatan penghubung' antara si kaya dan si susah. Tanpa mereka saling mengenali. Yang memberi tidak tahu siapa yang menerima, dan yang menerima tidak tahu siapa yang memberi.
Yang kaya disucikan hartanya, yang susah diringankan beban hidupnya.
Terima kasih semua pengeluar zakat. Semoga hidup anda selalu baik-baik, bertambah kaya dan berkat rezekinya, Ameen.