“Di sebalik tugas membaca meter, ada nilai keberanian dan keprihatinan yang terserlah.”
Di Kuala Berang, dua warga TNB, Othman dan Irwan Shahrul Affandi bertindak pantas menyelamatkan seorang kanak-kanak autisme daripada bahaya jalan raya. Mereka lantas membawa kanak-kanak itu ke tempat selamat sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Siasatan polis dan maklum balas guru mendapati kanak-kanak yang ditemui berbalut tuala dan diikat itu sebenarnya sedang menjalani terapi autisme iaitu deep pressure therapy bagi membantu memberi rasa selamat dan mengawal emosi. Dalam masa yang sama, kepekaan dan ketelitian Pegawai Khidmat Pelanggan, Aina Syahira turut memainkan peranan penting dalam memastikan keadaan terkawal serta maklumat disalurkan dengan tepat.
Kecekapan, kepekaan dan keberanian yang ditunjukkan oleh Othman, Irwan dan Aina mencerminkan nilai sebenar warga kerja TNB yang sentiasa melangkaui tugas harian demi kesejahteraan masyarakat ⚡💙
#TNBPrihatin #TNBHeroes #TanggungjawabBersama #meterreader