Salam 🇲🇾 MADANI ❤️
Soalan Lisan daripada YB
@WongShuQi (Kluang) pagi ini menyentuh kutipan cukai minuman bergula (SSB). Sehingga Ogos 2025, jumlah kutipan hasil duti eksais bagi SSB = RM54.9 juta.
📍 Tahukah anda, Kerajaan membelanjakan RM3.3 bilion setahun untuk rawat chronic kidney disease (CKD) & end-stage renal disease (ESRD)?
📍 Sebab itu, selaku Menteri, saya tekankan pendekatan “Peritoneal Dialysis (PD) First Policy” sebagai hala tuju nasional. Masa depan rawatan buah pinggang di 🇲🇾 perlu berubah. Daripada hemodialisis (HD) → rawatan PD di rumah yang lebih mesra, fleksibel & manusiawi.
📍 Apa yang telah kita lakukan pada tahun 2025?
▪️ RM40 juta diperuntukkan khas oleh KKM bagi rawatan PD tahun ini.
▪️ 3,161 pesakit menerima manfaat PD di fasiliti KKM.
▪️ Jika termasuk pesakit tajaan JPA, PERKESO & Zakat, jumlah keseluruhan pesakit PD 2025 = 6,699 orang.
📍 Mengapa PD menjadi fokus KKM?
▪️ Pesakit boleh melakukan rawatan di rumah → lebih bebas & bermaruah.
▪️ Tidak perlu kerap ke pusat dialisis dengan jadual yg ketat.
▪️ Prosesnya lebih ‘mesra’, (guna kateter berbanding jarum) hampir menyerupai fungsi semula jadi buah pinggang.
▪️ Sesuai untuk warga emas, pesakit yang bekerja, ibu bapa yang menjaga keluarga.
Reformasi kesihatan bukanlah membina lebih banyak hospital, tetapi memulihkan kehidupan manusia, memberi ruang untuk mereka bekerja, belajar, menjadi ahli keluarga & masyarakat dengan penuh makna.
PD akan menjadi salah satu reform paling penting dalam pengurusan penyakit buah pinggang di negara kita. ❤️🌹
#SihatBersama #PDFirst #MadaniBekerja #ReformKesihatan
#Parlimen Kementerian Kesihatan menerima RM21 juta hasil kutipan duti eksais minuman bergula untuk perolehan ubat Sodium-Glucose Transport Protein 2 (SGLT2) inhibitors yang memberikan manfaat kepada 49,128 pesakit - Menteri Kesihatan Datuk Seri
@DrDzul
bernama.com/bm/am/news.php?i…