Singgahsana terapung?
Parang terbang merupakan ilmu kebatinan yang mahsyur secara lisan di Tanah Melayu. Sering dilaporkan penyaksian orang ramai pada zaman darurat.
Tiada sesiapa yang benar-benar dapat membuktikan sama ada ia semata-mata dongeng, atau ilmu sakti yang benar-benar wujud.
Di sebuah tempat di Kepulauan Nusantara, dikatakan tersembunyi lubuk ilmu-ilmu sakti yang telah dilupakan oleh dunia secara umumnya.
Bukan setakat parang terbang, dihikayatkan bahawa di tempat tersebut diamalkan ilmu ghaib yang membolehkan barang-barang yang lebih besar dan berat dapat diapungkan.
Jika benarlah semua itu, maka tidak mustahil takhta atau singgahsana terbang itu juga nyata.
Dikatakan di tempat itu juga tersembunyinya kekayaan dan rahsia yang boleh menggegar dunia. Maka, sejak berkurun, manusia berlumba-lumba untuk mencarinya.
Tempat itu dinamakan sebagai Sundagema. Namun, kewujudannya tidak dapat disahihkan. Tiada pengembara yang pulang dengan bukti penemuannya. Yang ada, hanyalah mereka yang berlayar dan tidak kembali.
Ada juga yang mengatakan ia wujud, namun terlindung dek penjaga yang ghaib. Penjaga yang tidak boleh dilihat, sentuh, mahupun dihidu. Namun kehadirannya dapat dirasa. Saat kehadiran penjaga tersebut dikesan, maka itulah penghujung riwayat buat sang peneroka.
Oleh itu, Sundagema kekal tersembunyi, terlindung daripada pencerobohan.
“Ghaib ialah ilmu yang belum dibuka.
Sundagema wujud, menunggu diteroka.”
Kisah selanjutnya, ada dalam karya terbaru saya, Empayar 4!
Empayar 4, dan 2 lagi karya baru saya yang terbit sempena sedekad (10 tahun) menulis sudah kembali available!
🔔 Ini link pembelian:
imanshoppe.com/collections/s…
Di pesta buku pun ada dijual! Di kedai-kedai buku pun sudah mula ada!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf