Umur yang panjang, dan kubur yang menepati sunnah.
Selain daripada topik berkenaan keturunan yang dikurniakan dengan kelebihan umur yang panjang, dalam Empayar 4 juga ada menyentuh tentang pilihan ketika penamat umur. Iaitu topik pusara yang menepati sunnah.
Dalam Empayar 4, Sastra meminta agar makam salah seorang tokoh agung yang baru syahid tidak diletakkan apa-apa binaan megah.
Malah, cukup sekadar sebuah batu sungai sebagai penanda untuk penziarah.
Boleh dilihat dalam latar belakang lukisan, terdapat binaan-binaan makam buat raja-raja dan pemerintah agung terdahulu di sebuah kawasan pusara diraja. Namun, Sastra tidak mahu hal itu dilakukan kepada tokoh yang seorang ini.
Bukan sahaja bagi mematuhi garis panduan kubur untuk tidak bermegah-megah, Sastra juga ingin mengelakkan risiko berlakunya amalan syirik.
Tokoh itu bukan sahaja berdarah keturunan raja yang disegani, malah ramai yang bersaksi kematiannya sebagai syahid.
Sastra bimbang, jika makam tokoh itu terlalu megah, rakyat yang datang menziarah akan mula melakukan hal yang melampaui batas.
Bermula dengan ziarah, rakyat akan mula mencium batu nisan atau binaan di kubur yang terlalu megah. Kemudian mula meminta-minta kepada orang yang telah mati kerana dianggap disegani dan mati syahid. Mulalah si mati itu dianggap sebagai wali. Tidak mustahil suatu hari nanti dibina patung untuknya lalu disembah.
Sastra memilih untuk mengelakkan semua mudarat itu.
Maka, satu batu sungai di bawah pohon tua yang rendang menjadi penanda makam tokoh tersebut. Tanpa sebarang hiasan yang nyata akan melanggar sunnah dan syariah.
Kisah yang penuh ada dalam karya terbaru saya, Empayar 4!
Empayar 4, dan 2 lagi karya baru saya yang terbit sempena sedekad (10 tahun) menulis sudah kembali available!
π Ini link pembelian:
imanshoppe.com/collections/sβ¦
Di pesta buku pun ada dijual! Di kedai-kedai buku pun sudah mula ada!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf