Sebentar tadi saya berkesempatan melawat rumah Sekretariat Forum Ahli Parlimen Negara Asia mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) - hasil komitmen dan kerja keras seluruh pasukan AFPPD.
Dibangunkan dengan kos sebanyak RM790,930, pembinaan bermula pada 15 Julai 2025 dan siap pada 10 Januari 2026.
Sebagai Pengerusi AFPPD Malaysia, tentunya saya amat berbangga dengan tersedianya pusat ini, apatah lagi apabila Malaysia dipilih sebagai negara tuan rumah Sekretariat AFPPD, mengambil alih peranan tersebut daripada Jepun.
Keputusan ini diumumkan semasa Perhimpunan Agung AFPPD ke-15 di Kuala Lumpur pada 27 April 2025, dengan sokongan sebulat suara semua negara anggota.
Sekretariat AFPPD akan berpindah ke Kuala Lumpur, menjadikan Malaysia pusat operasi AFPPD di rantau Asia-Pasifik bagi tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.
Pemilihan ini mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan aktif Malaysia dalam memperjuangkan agenda pembangunan mampan, kesaksamaan jantina, hak kesihatan, pemerkasaan belia serta isu populasi.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan AFPPD — semoga Rumah AFPPD ini dapat menjadi simbol kepercayaan dan kerjasama serantau yang berterusan.
#AFPPD
#MalaysiaMadani