Saya berbesar hati menerima kunjungan Chair of the Board of Trustees and Founder of Cambridge Muslim College (CMC) Syeikh Abdal Hakim Murad, dan seterusnya bersama dalam siri Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.
Kita bertuah dapat bersama Syeikh Abdal Hakim Murad yang terkenal dengan tradisi pengajian turath Islami dan pada masa yang sama menguasai ilmu semasa dan memahami cabaran kontemporari, khususnya di dunia Barat.
Syeikh antara lain telah menyentuh pengalaman sejarah Barat dalam hal ehwal agama dan menonjolkan beberapa perkembangan menarik mengenai Islam di Eropah sewaktu meningkatnya sentimen Islamofobia.
Saya juga tertarik dengan pandangan Syeikh bahawa kita perlukan satu suara yang berkesan berhadapan cabaran dan tekanan. Namun, apa yang ada kini ialah bibit-bibit perpecahan, perselisihan di kalangan kita yang tidak memungkinkan kita berdepan dengan kekuatan Barat atau Eropah.
Semoga majlis seperti ini akan terus membina kekuatan nurani serta terpancarnya dhamir, selain memupuk tradisi ilmu di kalangan masyarakat madani.
#MalaysiaMADANI