Benar sekali, peranan dan fungsi Raja Berperlembagaan di Malaysia, dipandu Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Malaysia. Saya yakin Raja-Raja Melayu pun maklum dan tahu akan fakta itu tanpa perlu ada beberapa ahli politik rosak terlebih yakin mengingatkan hal itu bagi kekalkan sokongan akar umbi mereka.
Namun, apa yang jelas? Hipokrasi yang tak dapat ditutup oleh sebilangan mereka. Ketika isu pembinaan rumah ibadat tanpa izin, seluruh unsur sejarah dan pertimbangan sosial dipaksakan untuk tiada perobohan dan jangan hanya isu undang-undang tanah dilaksanakan bagi meneruskan perobohan.
Tetapi tatkala mereka itu mahu berbicara fungsi dan kewujudan Raja-Raja Melayu kini, Perlembagaan sahaja perlu dirujuk tapi sejarah panjang, sensitif dan penting tiada pertimbangan bersama?! Sebelum dan selepas Merdeka Tanah Melayu tidak mahu diambil kira kalau isu sejarah ingin diambil kira seperti halnya rumah² ibadat tanpa izin itu? Memahami dan menjalankan semangat Perlembagaan secara terpilih?
Dalam ramai kalangan rakan-rakan ahli politik bukan Melayu tahu kadar sensitif isu ini, seketul dua yang ingin dilihat hero ambil peluang ingin menonjolkan diri. Kalau tak mampu jadi watak memperkukuh Kerajaan Madani, jangan menjadi anai² perosak yang membebankan orang lain membetulkan keadaan.